Friday, February 11, 2011

Valentine

"Sabtu Ahad Isnin..ada 3hari lagi eh bukan 2 hari lagi..nak beli ape yer?hurmm"

"kau nak beli ape ni karut?beria aku tengok menghitung hari"

"ala kau ni,tak kan tak tahu isnin ni kan valentine's day..hari kekasih tu yg tgh piki nak beli ape tuk kekasih"

"tula dulu suruh blaja kau main2,sekarang kan dah b****"

"ape ni cakap camtu!!tak baik tau..ade plak ckp cmtu"

si karut kembali menulis list barang2 yg ingin dibeli sempena valentine.ape yg difikirnya sesuai ditulis pada buku nota.

"karut,aku ada 2 soalan nak tanya kat kau ni"


"ape soalanya?"


"pertama,kau tau tak orang Islam tak leh sambut valentine's day.tu sambutan orang2 kristian,kau penah baca ke asal usul valentine ni?"


"yeke?eh yeke? tapi??tak boleh ker?err tak pernah baca"


si karut sedikit kebingungan


"tula kau,suka suki je..org nak sambut kau pun hegeh2 nak sambut,dah lupakan niat kau tu.baik kau sambut Maulidur Rasul"


"baiklah,time kasih IM(imaginery friend).muahh lebiu la"
"ape soalan ke 2 plak?"


"kau ada kekasih ker yg beria nak bg hadiah sume tu?"

  " errr..errr..aku..aku.."


























"TAKDE KEKASIH huh!!"
sambil mengoyakkan list yg dibuat tadi.

Si Karut pun keluar dari bilik.

Wednesday, September 29, 2010

Si Karut dan mail

Sampai opis duduk kat kerusi...

klik!klik!

keluar tetingkap 

Klik klik!!.

"pergghh!!..134 msges..sampai esok pagi pn tak abis baca.delete ah sume"

"kalo ada msg penting cam maner karut?kau senang hati delete je sume."

"tak pe,kalo msg tu penting dan aku tak balas,mesti pengirim akan hantar balik emel tu sebbnye aku kan tak reply"

"urmmmm.."

Klik!! Klik..

"hahahaha,inbox dan 0..baru tak semak mata tengok"

Tuesday, September 7, 2010

Si Karut berhari raya

Esok atau lusa dah nak sambut hari raya..mlm ni pengumuman nya..tapi Si Karut pasti Hari Raya jatuh pada hari Jumaat..cewah kemain konfiden..okeh persiapan raya Si Karut

Baju raya ~ check!
Duit raya ~ check!
kuih raya ~ check!
lain-lain   ~ check!..

semua dah ready..yahoo..dah leh balik raya dah..hoorayy!!

"amboi seronok nampk..baju2 dah kemas ke nk balik kg?"

"belum lagi,takpe balik jap g sempat nak kemas.."

"Selamat hari raya Karut,maaf zahir dan batin"

"selamat hari raya jugak.nanti jumpe lagi yaa"

Yeaayyy..mak,anakmu dah nak balik ni...tunggu kepulangan ku..
(masuk kan lagu 'balik kampung' ,part chorus)

okay camni

ho ho ho balik kampong!! 3x
hati girang!!!..

faham?jom nyanyi sama2..3 4 nyanyi!!   

Thursday, September 2, 2010

Si Karut yang blank

okay update.

"tu je yang kau nk tulis,entry paling pendek ni"

"aha,aku blank..tak thu nk tulis ape"

ok publish entry  

Friday, August 27, 2010

Si Karut Menonton Tv

Si Karut sedang menonton tv seorang diri tanpa ditemani sesiapa..

tiba - tiba.....

teng..teng..teng..!!!(bunyi suspen)

saje je nak bg suspen,tak der motif ape2 pun..cume Si Karut dan tv je.

"Lagu Alicia kunci!,try to sleep with a broken heart,fav song ni..so tonight,i'm gonna find the way to make it without u tonight.."Si Karut menyanyi sepenuh hati tnpa memikirkan housemate lain yg dah tido..

sambil kucing Si Karut mengganggu pemandangannya.Si Karut memiliki seekor kucing jantan yang bernama Sinchi..tpi tak pernah pulak die panggil kucing tu dgn nm tu..'boy/yeow/kucing' panggilan Si Karut pd kucingnya..konon2 nama manja la..kalau pasangan kekasih tu (sayang,anje,abg,papa,mama,bucuk,B,C,D,E dan mcm2 la lg)..dah mcm nm vitamin plak.

click!
Si Karut menukar channel,'3rd rock from the sun' sebuah drama komedi.Pada sesiap yg tak thu ni cerita nya.ni haa..

okay meh Si Karut cite sket apa kisah drama ni..Ni cerita satu kumpulan makhluk asing yang datang ke bumi untuk mengkaji sifat2 manusia dan corak kehidupan manusia.Cm tu la lebih kurang.kalo nak lg pham korang tgkla sendri yer..

"hahahaha" bunyi gelak ketawa Si Karut

"Kucing kau gi mana Karut?"

"Enth,kat dapur kot"

"kau nak tido kul brape ni?"

"abis cite The Cosby Show ni"

"owh..okay"

The Cosby Show satu drama komedi jgk.pada sesiapa yg tak thu cerita ni..ni haa

cerita zaman 80an ni..cerita ni mengisahkan....
arghhhh!! tak kan sume Si Karut nak ceritakan..tak beastla bestla.kalau naka tahu,tgkla sendri.

"hahahahaha" (gelak jahat)    

Wednesday, August 25, 2010

winamp dan Si Karut

Si Karut : Black
Winamp : Brown

"tak jemu ke dengar lagu yg sama ulang2 kali?"

"tak.kau jangan byk tanya la,follow je the instruction okay."

"tak la,aku musykil..aku yang dok mengeluarkan bunyi ni pn dah rasa jemu dah dengar"

"itu kau,ni aku..tak jemu pun..selagi aku rasa tak jemu,aku akan pasang lagu yang sama,kau suka atau tak hader haku kesahh!"

Si Karut mls nak melayan bebelan winamp yang dok asyik bertnya bosan ke tak bosan ke tak.Si Karut kembali menekan kibod..ye Si Karut ada tabiat yang suka dengar lagu yg sama berulang-ulang kali.Sampai Si Karut rasa bosan dengar barula dia pasang lagu lain.ye begitula pe'el Si Karut yang sukar dimengertikan..Tak kira samada lagu tu berirama slow atau rancak,peduli apa Si Karut.Asal sedap didengar halua telinga dia,kira okay la.

Si Karut memang sukakan muzik,tak kira ape jenis muzik..semua dia layan,dr rock sampaila ke jiwang tangkap leleh macam orang dlm ati ada taman.Feel kemain lagi..Si Karut tak ada favourite singer atau group..lagu tradisional,patriotik pn Si Karut layan..janji bes..

"hey!dah nak balik pn sempat lagi wat satu entry..teruk betul kau ni Karut"

"ala ni last entry aku,tak der entry dah pasni tuk arini la.hehehe"
Si Karut tersenyum sinis + comel.

"jangan sampai terkantoi ngn bos kau sudah la yer Karut,jangan kau nak salahkan aku lak masa tu nanti.aku dah pesan kat kau awal2 lagi,jobs 1st blogging 2nd"

"eh,bila masa kau ada pesan camtu?mana adala.kau pesan lain..takde pun sebut job 1st blogging 2nd.ni baru kau sebut"

"yeke?"

"yela.aku tak nyanyok lagi"

"owh.sorry la kalau macam tu,dah2 la tu dengar lagu tu,aku rasa nak muntah dah"

"kau ngn winamp same je,tak suka aku dengar lagu fav aku"

Si Karut menepuk tangan (tepuk tangan macam nak tangkap nyamuk) kunun2 nak ilangkan imaginary friendnya tadi.Jam 5.48petang,dah nak sampai waktu pulang.Si Karut nak ke bazar ramadhan beli sedikit kuih untuk juadah berbuka puasa.

krok!!krok!krok!! perut Si Karut bunyi..

"sabar ye perut,kejap je lagi waktu berbuka..tak lama dah.ader sengah jam je lgi.sabar eh"

"matematik kau dapat brape Karut?"

"UPSR ke?"

"tak la,exam penggal akhir darjah dua"

"entah aku lupala"

Si Karut memberi alasan tak mahu jawab soalan.

"kau ingat kau di sabah ke yang nak buka lagi sengah jam?"

"sekarang pukul5.53 petang,berbuka kul7.30"

"haa cuba kau kira ada ke lagi sengah jam nak berbuka?"

"hehehe"
"dahla aku nak publish dah entry ni"

                   

Si Karut dan entrynya

tap tap tap (bunyi menaip dikibod)
diselang seli dengan gelak tawanya..

"hahahaha"..

sambil mengklik winamp..kluar tetingkap winamp..

"nak pilih lagu ape yer..haa..lagu afgan la."
klik'

berkumandangla lagu 'yang ku tahu cinta itu indah'- afgan  feat Nagita Slavina.

"barula best nak menaip smbil dgr lagu..bru ader feel"

"feel mangkuk kau Karut..bape banyak entry kau nak wt dalam satu hari haa?"

"ala aku tengah bersemangat ni..biala.ape orang kate,tengah batak ni.."

"bos kau bayar gaji tuk berblog ker?wat kerja kene ikhlas dan jujur tau Karut"

"ala aku tahu la itu..kerja aku dah siap lagipun..aku bosan kau tau tak?bosan?aku tengah banyak idea nak tulis ni,kau jangan la spoilkan idea tu"


"banyak idea kunun..ptuihhh!!,idea ngarut je banyak.satu pun takder yang ilmiah,ape la nak jadi ngn kau ni Karut"

"alaaaaaaa,sikit je lagi ni..skitttt jer"

"sket kau tu banyak..sampai time balik tak cukup sket kau tu,ni bulan pose Karut,byk2 kanla amalan yg elok2 sket.tinggalkanla pangai jahat kau tu,cukup2 la masa study dulu"

"arghhh..janganla nk ungkit2 kisah2 masa study dulu.tahula aku ni jahat nakal,tu sume dah belalu la.."

"ingat tak masa kau n the geng buat bising smpai org lain tak bleh study?smpai ada yang nak berenti kolej sebb tak leh fokus study?"

"a'ah aku ingat time tu.hahahah..lawak siot.."

Bling!! bling!! bling!! (bunyi flashback datang)

~~~~flashback~~~~  

BERSAMBUNG....