Tuesday, August 24, 2010

Si Karut dan 'Imaginary Friend'

Perlukah Si Karut memperkenalkannya..hmmm..
Mungkin ramai yang tidak akan mempercayainya..sesetengah menyatakan ianya adalah khayalan semata-mata..tidak wujud sama sekali 'imaginary friend' ni..Si Karut pernah jugak tengok cerita2 @ filem2 mat salleh yang memaparkan kisah2 cmni.selalunya berlaku pada kanak-kanak seusia 4 - 12 tahun.

Ada yang menggambarkan 'imaginary friend' ni buruk,hodoh,ngeri,mual..rasa nak muntah ape yang dimakan bila tengok.ada pula yang menggambarkan cantik,comel,hansem,cute ala2 cam pari2 dalam cerita kartun barbie doll tu..cuba bayangkan..cantik kan kalo camtu?

Selalu 'imaginary friend' akan menjadi peneman kepada yang orang itu..orang itu akan bercakap seorang diri seolah-olah tak betul..sendiri tanya sendiri jawab..

"lamanya mukadimah kau nak kenalkan aku"

"sabarla..aku kena bg tahu introduction dulu,baru senang orang phm"

"perlu ke nak kenalkan aku?macam tak perlu je.aku tak nak raih publisiti murahan ni,hahahaha"

"ello!!,rasa nak naik ruam bila kau ckp mcm tu,dah!!.aku nak sambung balik ni"

"oh..okay,sila2"

tula imaginary friend Si Karut,setiap masa ada je..kalau Si Karut ade problem ker,kemusykilan ker..imaginary friend pasti akan memberikan pendapat..yang bernas saje yang diterima,yang agak kurang bernas tu memang tak payahla nak pakai.buang karan je orang cakap.

okeh lepas ni kalau ada dialog yang berwarna biru tertera dalam mana2 entry..dialog itu adalah dialog imaginary friend Si Karut..Jika ader kaler2 lain yan timbul,itu bermaksud dialog berkenaan mewakili kawan2 Si Karut.Okeh Karut,jangan lupa biru untuk ur imaginary friend ang black is for u..selain daripada tu akan dinyatakan kemudian.

"Karut!,apsal tetiba cakap omputih lak,campur2 lak..english cam budak darjah dua,ada hati nak speaking & writing in English konon,ptuihhh!!"

"aku nak pasan cakap omputih,nak rojakkan entry aku,kalo boleh bahasa tamil,kantonis pn aku nak masukkan sekali tau tak?Barulah 1Malaysia"

"masalahnya kau pandai ke berbahasa tamil & kantonis tu?"

"tak."  

"...."  (sila masukkan bunyi cengkerik)

   







   
   

No comments:

Post a Comment